This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Isteri. Show all posts
Showing posts with label Isteri. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

Nak Tahu Cara Jadi Isteri Pujaan Suami????

Bagaimana Menjadi Isteri Yang Baik di Mata Suami?

Adakah anda tertanya-tanya bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik? Adakah perkahwinan anda melalui ranjau yang berliku dan anda sedang mencari maklumat tentang bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik?

Bagaimana anda boleh menjadi seorang isteri yang lebih baik kepada suami anda?
Anda mungkin merasakan seolah-olah perkahwinan anda akan melalui pelbagai masalah. Masalah tersebut mungkin boleh dihadapi dengan tenang jika anda seorang isteri yang lebih baik.

Sudah tentu, suami anda juga perlu berubah menjadi seorang suami yang baik juga, tetapi terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu meletakkan perkahwinan anda kembali di landasan yang betul dengan menjadi seorang isteri yang lebih baik.

Teruskan membaca untuk beberapa tips mengenai apa yang anda boleh lakukan.

isteri terbaik

Bertimbang rasa dan hormati suami anda

Salah satu cara untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik adalah dengan sentiasa bertimbang rasa dan menghormati  suami anda. Suami anda tetap seorang lelaki yang mempunyai egonya yang tersendiri dan dia mempunyai hak untuk mempunyai pendapat sendiri dan nafsunya.
Anda haruslah sentiasa bijak dalam situasi tersebut. Jika apa yang anda lakukan adalah sentiasa mengomel dan meleterinya , lebih cepat dia akan berasa benci terhadap anda.
Biarkan suami anda buat apa sahaja yang dia perlu lakukan selagi ianya tidak membawa masalah kepada perkahwinan anda. Dia pasti akan gembira dengan anda kerana sentiasa menghormatinya.

Memaafkannya dan terus lupakan kesalahan tersebut

Jika berlaku sebarang perselisahan faham atau masalah, segeralah mencari penyelesaiannya. Jangan biarkan masalah tersebut terus berlarutan.
Bila penyelesaian sudah ditemui, terus lupakan sahaja masalah tersebut. Jangan sekali-kali cuba untuk mengungkit masalah itu kembali di masa hadapan. Sangat bahaya!

Jangan melampau-lampau bila berlaku perselisihan faham

Setiap pasangan pasti tidak lari dari berlakunya perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Walau bagaimanapun, apabila ia berlaku, berhati-hati dan jangan melampaui batas seperti memukul, meludah, memanggil dia dengan namanya atau menyebut tentang cerai.
Jangan sekali-kali!
Hanya mengatakan apa yang terlintas di fikiran anda dalam tutur kata yang paling bijaksana dan berhemah. Cuba untuk kekal tenang sedaya mungkin dan bertolak-ansurlah dengan suami anda.
Sebolehnya jangan membawa api kemarahan anda sehingga ke bilik tidur. Selesaikannya secepat mungkin dan kemudian terus lupakan pertelingkahan tersebut.

Ungkapkan kata cinta kepadanya

Anda perlu memberitahu suami anda bahawa anda selalu menyayangi dan mencintai dia. Semua orang inginkan diri mereka dihargai dan sentiasa berasa diperlukan.
Amalkan amalan ini sekerap mungkin misalnya ketika suami anda bertolak untuk pergi kerja di pagi hari dan ketika kepulangannya serta sebelum tidur di malam hari. InsyaAllah hari-hari anda pasti akan lebih bahagia di sisi suami.

Sentiasa membuat aktiviti bersama-sama

Ingatlah bahawa perkahwinan melibatkan dua insan yang akan hidup bersama dan melayari bahtera perkahwinan sehingga ke akhir hayat. Jadi, teramatlah penting untuk pasangan sentiasa memahami dan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.

Lakukan perkara-perkara indah bersama-sama termasuklah juga ketika ingin melakukan sebarang aktiviti di rumah seperti cuci rumah, memasak dan sebagainya. Selain dapat meningkatkan jalinan mesra antara pasangan, sebarang kerja juga akan cepat untuk diselesaikan bila dilakukan bersama-sama.
Lakukan juga hobi anda bersama-sama suami. Pasti seronok!

Kelebihan Menjadi Seorang Isteri

Kelebihan Menjadi Seorang Isteri

Seorang yang bergelar isteri perlu berikan yang terbaik kepada suami mereka. Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih dari keluarga terdekatnya sendiri. Hari ini admin nak berkongsi tentang Kelebihan-kelebihan seorang isteri. beruntungnya kaum hawa ini .

Kelebihan Menjadi Seorang Isteri

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah” 

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”. 

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”. 

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”. 

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi) 

8 ) Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”

Apakah Erti Seorang Isteri?

Apakah Erti Seorang Isteri?

Saya tidak tahu kenapa saya berasa sangat dingin dengan sikap isteri saya sejak kebelakangan ini. Apa saja yang dia lakukan sering kurang di mata saya. Saya selalu memarahinya, namun isteri hanya mendiamkan diri. Dia segera memohon maaf dengan saya. Sejak kebelakangan ini, saya selalu saja mengelak dan kurang menunjukkan kasih sayang terhadap isteri. Entah kenapa, saya berasa tawar hati padanya. Bagaimana saya ingin menghargai dia? - Khairi, Kuantan
 


Jawapan :

Saudari Khairi, sebenarnya tiada apa yang berlaku. Hanya perasaan saudara yang tidak menentu sebenarnya. Mungkin saudara stress dan mempunyai masalah. Nasihat pakar cinta, layanlah isteri saudara sebaiknya. Susah untuk berjumpa dengan perempuan seperti isteri saudara, penuh kesopanan dan kesusilaan dalam melayan karenah suami. Disini saya kongsikan bait kata indah untuk tatapan saudara Khairi. Semoga hati saudara tersentuh dan mengetahui erti seorang wanita bergelar isteri.

Aku seorang isteri…
Kepada seorang insan bergelar suami..
Kepada suami bagaikan sang puteri..
Menjadikan rumahtangga sebagai penyeri…

Aku seorang isteri…
Kepada sang suami sentiasa berbakti…
Untuk meraihkan pahala ilahi..
Sebagai balasan khidmat diberi..

Aku seorang isteri…
Memberi bahagia kepada suami…
Dalam tutur kata dan juga gerak geri..


Aku seorang isteri…
Sebagai insan untuk dirindu..
Oleh insan yang bergelar sang suami…

Aku seorang isteri…
Segala tindakan akan dipuji…
Oleh manusia disetiap negeri..
Jika ia mengikut kehendak ilahi…

Aku seorang isteri…
Menjadi benteng kejayaan suami…
Untuk melangkah kehidupan hakiki…

Aku seorang isteri…
Kehendak suami sentiasa dituruti..
Untuk menjadi isteri yang disayangi…

Aku seorang isteri..
Bersusah payah dimalam hari..
Memastikan rumah sentiasa diawasi..

Aku seorang isteri…
Kepada si suami yang berbakti…
Untuk melahirkan anak-anak sejati…

Aku seorang isteri..
Tidak kuat tidak berani..
Untuk melawan kehendak suami..
Kerana ia perintah ilahi..untuk sentiasa aku turuti..

Aku seorang isteri…
Sentiasa menanam azam dihati..
Untuk menjadi seorang yang tabah berdiri..
Dibelakang suami sebagai penyeri…
Untuk keharmonian sentiasa dicari…

Aku seorang isteri..
Hidup dan matiku untuk berbakti..
Kepada ia seorang suami…
Pasti ku lawan gagah berani..
Sekira musuh datang mencari….

Aku seorang isteri..
Sakit bersalin tidak terperi..
Hanya ku pendam di dalam hati..
Demi kebahagian untuk si suami..
Tonggak rumah tangga menjadi seri…

Aku seorang isteri…
Hasrat dihati menjadi puteri..hanya suami bertapak dihati…
Segala onak dan juga duri..pasti ku redah untuk berdiri….

Aku seorang isteri…
Sentiasa berkobar di dalam hati…
Untuk menjadi isteri mithali…..

Sumber Asal : Abdul Hadi Bin Harun