Thursday, May 15, 2014

Waktu Sesuai Berjimak Selepas Lahirkan Anak

Tiada Waktu Spesifik Untuk Mula Bersama

Tiada sebarang waktu spesifik yang ditentukan bilakah saat dan tika yang paling sesuai untuk anda dan pasangan mula BERSAMA. Terpulang kepada persefahaman dan persetujuan suami isteri apabila tempoh penyembuhan luka diyakini telah pulih.

Namun ASASNYA, sebaik-baiknya masa yang sesuai bagi wanita selepas bersalin untuk melakukan hubungan seks adalah selepas pemeriksaan yang akan dilakukan lebih kurang 4-6 minggu selepas bersalin.

Dalam tempoh 4-6 minggu tersebut, anda tidak digalakkan untuk melakukan hubungan seks kerana organ reproduktif seperti faraj dan rahim masih belum pulih sepenuhnya. Tambahan lagi apabila jahitan pada vagina belum sembuh serta darah nifas masih belum kering.

Hubungan seks dalam tempoh tersebut boleh mengakibatkan jangkitan kuman dan menyebabkan proses penyembuhan organ reproduktif mengambil masa yang lebih lama. Kebiasaannya, selepas 6 minggu, rahim akan kembali mengecut seperti sediakala dan luka jahitan sudah sembuh.

Apabila anda suami isteri sudah bersedia untuk melakukan hubungan seks, lakukan dengan hati-hati dan lembut. Carilah masa yang sesuai di mana anda tidak terlalu letih dan anak anda tidur dengan lena.



Mungkin sebelum seks penetratif dilakukan, pasangan boleh mencuba seks tanpa penetrasi dengan rangsangan luaran.

Apabila semua percubaan itu berjaya dan selesa, mungkin cara biasa seperti kedudukan suami di atas boleh dilakukan dan mengikut keselesaan isteri. Untuk enam bulan pertama, memang hubungan seks menjadi cabaran untuk kedua-dua pihak.

0 comments:

Post a Comment