Thursday, May 15, 2014

Cara Nak Mulakan Seks Selepas Bersalin

Tip mengembalikan keyakinan dan keintiman


Jaga diri – jika berat badan menyebabkan anda rasa kurang yakin, ambil masa untuk makan dengan sihat dan bersenam ringan. Keyakinan diri adalah kunci kepada rasa seksi.

Teruskan menggoda – sama ada melalui email, perbualan telefon atau gurau senda semasa melayan bayi, saling menggoda dapat membantu meningkatkan mood keintiman dan memudahkan apabila masanya tiba untuk bersama.


Temujanji di rumah – mungkin tiada lagi masa untuk keluar makan atau bersiar-siar berdua. Namun anda tentu sekali boleh lakukan sesuatu yang istimewa di rumah seperti mencuba resepi baru bersama-sama.

Cara lain – sementara menunggu masa yang sesuai, anda tentu sekali boleh menyatakan cinta dalam bentuk yang lain. Urutan, dakapan, belaian dan semudah berpegangan tangan adalah antara cara mengekalkan keintiman.

Saling membantu – pastikan anda dan pasangan saling membantu dalam menguruskan bayi. Anda pasti teruja bilamana mendapati keintiman dan mood dapat ditingkatkan dengan cara ini.



Mandi bersama – apabila bayi telah tidur, luangkan masa untuk mandi bersama. Ia sesuatu yang anda perlu lakukan, jadi apa kata ambil pelung ini untuk meningkatkan mood keintiman.

Komunikasi – dalam apa jua situasi, komunikasi adalah elemen terpenting bagi menjayakan satu-satu hubungan. Jika komunikasi secara terbuka dan jujur telah bermula sebelum bayi dilahirkan, akan lebih mudah untuk menyatakan kekecewaan, jangkaan, harapan dan keinginan selepas bersalin.


Dengan sedikit kesabaran, kreativiti dan saling memahami, perasaan cinta dan romantis akan kembali semula. Mungkin juga dengan satu ikatan yang lebih kukuh dan lebih baik. Berikan sedikit kesungguhan untuk mengembalikan keintiman kerana tentunya ia berbaloi!

0 comments:

Post a Comment