Thursday, May 15, 2014

Hubungan Seks Selepas Berpantang

‘BERSAMA’ Selepas Berpantang, Bersediakah Anda?

Seks selepas berpantang amat jarang dibincangkan kerana ianya agak sensitif dan setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza terutama kaum suami.

Bagi si isteri, ianya agak menakutkan lebih-lebih lagi jika trauma atau luka bersalin agar besar. Disini timbulnya konflik jika si suami tidak memahami kesakitan , ketakutan dan tahap kesihatan dalaman isteri setelah pengalaman melahirkan yang pastinya melibatkan luka dalam yang tidak kelihatan. Bagi sesetengah suami, 40hari tempoh untuk mereka ‘BERPUASA’ sudah cukup memeritkan tapi beruntunglah si isteri jika si suami punya pengetahuan cukup tentang peyembuhan selepas bersalin, bukan sekadar tempoh berpantang 40 hari.

seks lepas pantang

Seks Dalam Pantang Dilarang

Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian.

Embolisma udara dalam faraj akan berlaku apabila seks oral dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam faraj akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.Itulah pentingnya mengikut panduan yang digariskan dalam Islam dalam konteks hubungan seks.

Rupanya perkara yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w boleh membawa akibat yang buruk. Jadi, penting bagi suami isteri memahami garis panduan dalam melakukan hubungan seks kerana hubungan seks yang baik akan menjurus kepada kesihatan yang baik

Tempoh Penyembuhan Luka Bersalin

Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.

Selepas melahirkan anak, salur reproduktif wanita akan menjalani proses pemulihan. Tisu yang melecet dan radang akan beransur pulih. Jahitan dalaman mengambil masa lebih kurang tiga minggu untuk pulih dan jahitan luar pula antara 7-14 hari untuk pulih.
lepas pantang


Jika wanita itu menjalani prosedur pembedahan Ceasearean untuk melahirkan anak, pemulihan luka melebihi tiga minggu. Tidak hairan jika purata angka 100 hari diberi sebagai waktu pantang sebelum isteri boleh melakukan semula hubungan seks.
luka bersalin

Antara faktor yang mengakibatkan pasangan dingin

Trauma dengan proses kelahiran
Bayi yang keluar melalui vagina wanita akan menyebabkan tisu vagina yang lembut luka. Apatah lagi, yang digunting (episiotomi) dan dijahit. Luka ini akan mengambil masa sehingga berminggu-minggu untuk sembuh sepenuhnya.Pasangan takut untuk bersama kerana bimbang terhadap apa yang mungkin terjadi kepada faraj seperti terkoyak atau kesakitan yang melampau.

Perubahan hormon dan emosi Kadar hormon estrogen atau progesteron pada pasangan yang menurun dalam minggu pertama kelahiran boleh menyebabkan keinginan seksual merundum. Ia juga mengurangkan rembesan pada faraj dan menyebabkannya kering. Akibatnya faraj menjadi lebih sensitif kepada rasa sakit.

Kelahiran anak akan membawa perubahan yang besar dalam hidup. Penjagaan anak dan proses berpantang akan sedikit sebanyak membawa tekanan emosi kepada ibu. Ditambah lagi dengan perubahan hormon yang akan mempengaruhi emosi dan keinginan seksual ibu.

seks lepas pantang

Perubahan fizikal
Adalah normal apabila badan isteri mengalami perubahan ketara selepas bersalin seperti tubuh yang makin berisi, menggeleber, kulit perut merekah dan badan berjerawat. Isteri mula merasakan dirinya tidak menarik lagi. Isteri mungkin tidak berasa yakin dengan bentuk badan selepas bersalin sehinggalah berjaya mengurangkan berat.

Perhatian
Isteri mungkin sukar untuk rasa tenang atau berhenti memikirkan tentang bayi bagi satu masa yang cukup panjang untuk memenuhi keinginan seksual, terutama jika bayi tidur sebilik. Naluri keibuan mula mengambil tempat lebih-lebih sekiranya melahirkan buat kali pertama. Sedikit reaksi bayi sudah cukup mengalih perhatian si ibu, apatahlah jika bayi menunjukan tanda-tanda kurang sihat, maka seluruh perhatian dan tumpuan si ibu tertumpu padanya.

Keletihan
Agak sukar untuk merasa romantis jika suami isteri sentiasa keletihan, terutama dalam bulan-bulan terawal kelahiran. Bayi yang sentiasa memerlukan perhatian menyebabkan pasangan suami isteri jarang dapat meluangkan masa dengan intim bersama-sama tanpa gangguan.Pasangan akan mula merasa perubahan dalam kehidupan seharian mereka, tidur tidak lagi selena dulu, waktu makan adakalanya tidak menentu terutama si ibu. Bagi si suami, mereka perlu mula membiasakan diri apabila perhatian si isteri bukan lagi 100% kepadanya dan mereka perlu mula belajar menguruskan diri sendiri dan paling utama perlu memahami keletihan si isteri yang makin bertambah tanggjungjawabnya terutama apabila bayi kerap terjaga di waktu tengah malam.

Jadi, adalah penting untuk pasangan suami isteri peka dan bersedia untuk menghadapi masalah seksual yang akan timbul 6 bulan pertama selepas kelahiran anak. Kesabaran yang tinggi sokongan amat penting untuk ditonjolkan oleh suami kerana bukan senang untuk mengandung dan melahirkan.

0 comments:

Post a Comment