Thursday, May 15, 2014

Calon Suami Yang Patut Anda Cari

Siapakah Yang Patut Menjadi Suami Anda?


Rasulullah S.A.W. bersabda:
  
“Bila datang seorang laki-laki yang kamu redhai agama dan akhlaknya, hendaknya kamu nikahkan dia. Kerana kalau engkau tidak mahu menikahkannya, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas”. ~  (HR. Tirmidzi dan Ahmad)

.

Hadis diatas merupakan bimbingan bagi calon mertua dalam memilih menantu atau wanita dalam memilih suaminya iaitu dengan melihat agama dan akhlaknya.

Bagaimana caranya agar kita dapat mengetahui agama dan akhlak calon suami sebelum kita menjadi isterinya?

Islam memberikan tuntunan kepada kita, untuk menganalisa atau mengamati kehidupan calon suami kita.
Mungkin dengan mengamati sendiri atau dengan bantuan rakan-rakan..


Selanjutnya, kita juga dianjurkan untuk melakukan solat istikharah, iaitu solat untuk memohon kepada Allah agar ditunjukkan calon suami yang baik untuk kehidupan dunia dan akhirat kelak.Seorang laki-laki pernah bertanya kepada Hasan bin ‘Ali:
“Saya punya seorang puteri. Siapakah yang patut menjadi suaminya menurut anda?”

Jawabnya:

“Seorang laki-laki yang bertaqwa kepada Allah. Sebab jika dia senang, dia akan sudi menghormatinya, dan jika dia sedang marah, dia tak suka berbuat zalim kepadanya”.

0 comments:

Post a Comment